anatara duit dan kasih sayang

Thursday, October 13, 2011



Duit setiap orang memerlukan duit dalam kehidupan nikan? tanpa duit kita tidak mampu melakukan sesuatu hatta mau masuk ke tandas awam juga memerluka duit..hmm lihat betapa besarnya kuasa duitkan. walau bagaimanapun duit sebenarnya tidak menjamin sebuah kebahagian seseorang mungkin dek kerana terlalu mengejar duit ade insan lain yang tersisih kasih sayangnya. Tidak dinafikan zaman sekarang duit memainkan peranan yang penting tetapi tidaklah sehingga menggugat sebuah kasih sayang..cukuplah sekadar duit itu ada sebagai untuk memenuhkan keperluan sebagai seorang manusia....dan ia tidak mengaabaikan pihak yang lain...

bagi aku kedua-duanya penting duit juga penting dan kasih syg juga penting TETAPI mengikut fahaman aku jika aku bahagia...dengan kasih sayang..maka ianya satu tapak untuk menjana keewangan.yelakan bila hati senang,bahagia..semua bnda dapat dilakukan dengan baik...huhu..sebut bab kasih sayang tiba-tiba aku teringat kata-kata mak.Dia cakap semua orang nak berebut mak. Sorang nak mak datang ke kedah, sorang keperak, sorang ke kuala lumpur...kalau boleh belah badan ni belah la...biar semuar orang dpat sama adil..tak sangka plak senario yang sama sekarang aku juga telah laluinya...dalam 2 hari cuti yang di peruntukkan untuk melepaskan lelah tetapi perlu diisi dengan keperluan2 untuk hati - hati orang yang tersayang..seorang nak ke sini, yang sorang lagi minta bawa ke sini, dan sorang lagi minta bawa kesana...aduhh..mau saje aku ulang kata2 mak..jika bisa di belah badan ini mau saja aku bahagi2kan..biar semuanya tidak terasa..biar smuanya bisa dapt yang adil...walau bagaimanapun iAllah aku tetap memenuhi permintaan kalian..itulah hebatnya kuasa kasih sayng ...tetapi dalam masa yg sama perlukan duit untuk megerakkan sesuatu...aku harap segala pengorbanan yang aku lakukan dibalas dengan kasih syang jua..amin.....

rindu kalian semua...

Wednesday, October 12, 2011



rasanya dah lama x menulis di dalam blog ni...maaf sangat2..bukan tak rindu pada kawan2 blogger ..rindu sangat pada kawan2 semua....kadangkala kekangan masa membuatkan saya agak susha untuk menulis..sebenarnya banyak cerita yang mahu di kogsikan tetapi hehehh bila nak tulis dh lupa...banyak benda nak pikir...hehhe ape pun sy harap kite semua boleh sentiasa keep in touch kan...

Apa itu Quilling

Wednesday, June 22, 2011

Mesti ada diantara kawan-kawan ada yang tertanya-tanyakan apa itu quilling?tetapi mungkin ada yang pernah dengar kan? okay kat sini aku akan terangkan apa itu quilling..quilling ni adalah salah satu seni atau teknik menggulung kertas dan kemudian disusun menjadi sebuah karya seni yang amat cantik.Selain daripada boleh di jadikan hasil karya seni yang cantik, kita juga boleh menjana pendapatan melalui karya seni ini. Mengapa aku cakap macam tu coz melalui karya ini kita boleh jadikan ia kad,Frame, guest book dan macam2 lagi. Bergantung kepada kreativiti masing2. Kertas di tangan anda..and yg melakukannya.

Biasanya "quilling" ini menggunakan kertas A4 biasa ikut je berapa berat yang anda suka biasanya kertas yang mempunyai berat 100gsm ke atas lebih baik kualitinya dan lebih mudah di gulung serta kemas.. tetapi ianya terpulang kepada crafter ikut keselesaan anda.Lebar kertas pula mestilah antara 3mm,5mm dan 6mm, tetapi bagi memudahkan memudahkan anda,alat " mini shredder" sedia membantu..heheh alat ini di gunakan untuk memotong kertas A4.mengikut size yang kita nak...antara alat-alat yang di gunakan seperti berikut:


Paper Shrader..tp kalo x de yg ni pun x pe..kertas anda boleh beli yg dh siap..ade di jual..(signature training Center ade jual..jgn risau)hehehe


ni plak quilling tools..tujuanya untuk gulungan yyg sempurna..


ni plak kertas2 yg dah siap di potong yg ready untuk di jual la...seng skit.anda x yah potong dh


ni plak quilling circle sizer..tujuan dia untuk kt nak tau berapa besar size gulungn yg kt nak..


antara hasil quilling..nnt sy upload lg ye..

so inilah serba sedikit penerangan tentang quilling..untuk pengetahuan anda semua barang2 untuk quilling ni anda boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan di www.signaturetrainingcenterservices.blogspot.com..dengan harga yang berpatutan..

dan sekali lagi nak promote...bengkel kraftangan quilling ni akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 16 Julai 2011 (Sabtu)
Tempat : No. 8, Tingkat 2, Jln. Bulan BT U5/BT, Bandar Pinggiran Subang.
Masa : 9:00 pagi - 1:30 tghri (30 min Hi-Tea pada 11.00 pg)
Instructor: Ummu Solehah Dato' Muhammad (Pengendali Kursus Quilling dari Malaysia & Indonesia)
Yuran: RM 100 shj.
- Slide Show tentang Quilling
- Talk
- Practice with guide
- Hi-tea (30 minit)
-Percuma: Quilling Starter Kit bernilai RM50, Quilling Paper bernilai
RM 25,Sijil Penyertaan & Buku Module

Diskaun: 10% untuk 3 org dlm 1 kumpulan)


jom kita juampa di sana...bukan saha boleh jadi hobi tapi boleh jana pendapatan untuk ibu-ibu dirumah..selamat berquilling..

Bengkel Kraftangan Quilling

Berminat dengan seni kraftangan QUILLING? Sungguh menarik dan boleh dijadikan sebagai HOBI atau satu NILAI TAMBAH KEMAHIRAN anda!...jom kawan-kawan join..

Signature TCNS akan mengadakan Bengkel Seni Kraftangan Quilling Sesi KE 2.

Tarikh: 16 Julai 2011 (Sabtu)
...Tempat: No. 8, Tingkat 2, Jln. Bulan BT U5/BT, Bandar Pinggiran Subang.
Masa: 9:00 pagi - 1:30 tghri (30 min Hi-Tea pada 11.00 pg)
Instructor: Ummu Solehah Dato' Muhammad (Pengendali Kursus Quilling dari Malaysia & Indonesia)
Yuran: RM 100 shj.
- Slide Show tentang Quilling
- Talk
- Practice with guide
- Hi-tea (30 minit)
-Percuma: Quilling Starter Kit bernilai RM50, Quilling Paper bernilai
RM 25,Sijil Penyertaan & Buku Module

Diskaun: 10% untuk 3 org dlm 1 kumpulan)

Berminat/ Maklumat Lanjut?
Hubungi: 03-78460671 / 010-204 7675/ 019-521 0514
atau E-mail ke thoriqmohd@gmail.com / noor.fatahiyyah@gmail.com . Nak inbox dlm FB pun boley =)

Pengumuman

Tuesday, June 21, 2011

Assalamualaikum....
rasanya dah lama aku tak menulis kat blog ni...bukan x nak menulis tetapi di sebabkan kesibukan sejak kebelakangan ini membuatkan aku tak sempat untuk menulis..walau apapun..blog ni tetap ade dihati begitu juga kawan2 blogger yg lain.aku harap kalian masih ingat kan aku lagi ye..:)

Alhamdulillah aku ingin memanjat syukur kepada yang maha Esa kerana memberi aku peluang untuk melebarkan sayap aku dengan membuka sebuah training centre. Training centre ini adalah hasil perkongsian aku dengan seorang sahabat baikku..itulah pengumuman yang ingin aku buat kepada kawan2 semua. Aku harap kalian semua dapatlah memberi sokongan dan pendapat. Aku sangat memerlukannya sebagai satu bahan untuk menambah baikkan intitusi yang aku bina itu.

Signature Training Centre and Services ialah sebuah institusi yang ditubuhkan untuk memberi tunjuk ajar dan khidmat kepada semua golongan tidak kira sama ada kanak – kanak, remaja, dan dewasa. Antara kursus dan bengkel yang ditawarkan di sini ialah Seperti mengadakan kursus “Celik Linus” iaitu mendedahkan teknik-teknik belajar yang menarik untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah lemah dalam pembelajaran. Selain itu kursus ini juga telah di tawarkan untuk subjek Jawi. Selain itu yang di kendalikan oleh pihak Signature TCNS ialah :

•Kelas Fardhu Ain & Iqra,
•Kursus Asas Bahasa Mandarin
•Kursus Asas Bahasa Arab
•Bengkel kraftangan quilling
•Bengkel peluang perniagaan untu usahawan ICT
•Bengkel membina laman Web
•Kem Motivasi untuk pelajar sekolah rendah, menengah, dan universiti
•Bengkel teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM
•Bengkel pengucapan awam (Public Speaking)
•Kem Solat
•Kem Tahfiz
•Penyediaan ruang (seminar dan kursus) untuk disewa yang dilengkapi dengan
bilik yang berhawa dingin, meja, kerusi, PA sistem, white board dan LCD.

inila serba sedikit yang dapat aku terangkan. Bagi kawan-kawan blogger yang berminat nak join ke atau nak hantar anak2 ke..silakan lah....
Sila lah berkunjung ke blog signature di www.signaturetrainingcenterservices.blogspot.com

Majalah Fardhu Ain

Wednesday, May 11, 2011

Saje nak bgtau silalah dapatkan majalah Fardhu ain di pasaran sekarang. Majalah yang mengupas isu-isu mengenai feqah dalam kehidupan seharian iaitu mengenai perihal diri sendiri. Corak pengulasannya lebih santai dan mudah di fahami. Untuk majalah ini saya di tugaskan untuk ruangan Fardhu ain kanak-kanak.So untuk adik-adik boleh berjumpa ngn sy ye..bnyak cerita menarik kat dalam tu...Untuk pengetahuan anda semua juga penulis-penulis didalam majalh ini juga terdi darpd motivator yang tidak asing lagi antaranya Dato Hj Muhammad Zakaria dan lain-lain lagi.

Disamping itu pertama sekali saya ingin dedikasikan ucapan terima kasih kepa Puan Rusnah Abu Samah dan team majalah fardhu ain solehah, sakinah kerana memberikan peluang kepada saya untuk menulis dalam majalah ini. InsyaAllah saya tidak akan mensia-siakan peluang yang di beri ini. Kepada rakan-rakan saya mengharapakan sokongan dan komen daripada rakan2rakan semua. Saya menulis untuk edisi ke-2.

Majalah ini juga sesuai di miliki oleh semua lapisan..daripada kecil hinggalah dewasa...ada di pasaran seluruh Malaysia...tapi kalo nak dapat secara pos boleh dapatkan melalui saya..

Selamat Membaca

aku

Friday, April 8, 2011

aku..entahla..makin hari rasa jiwa ni kosong..apa yg aku fikirkan aku x menemui jawapan..dan kadangkala adakah jawapan itu betul yg membuatkan si pelajar lulus dalam pepriksaanya...atau pun hanya terkandas di tengah jalan?? yang pastinya aku masih menuggu...menungu dengan penuh pengharapan..kadangkala aku x mampu Ya Allah menggung ujian mu yg begitu berat ini..mungkin luarannya orang nampak aku seorang perempuan yang gagah...yang x tau duduk diam..ade sahaja kerje ...dan memg betul pun aku x pernah duduk diam...hari2 aku di penuhi dengn mengajar..tp aku x menafikan aku cuba larikan diri aku dari sesuatu yang menghantui fikiran itu..kadangkala sebenarnya aku sunyi dengan kehidupan aku...aku perlukan pembaharuan...aku perlukan semangat..seprtimana aku selalu memberikan semangat kepada anak2 didik ku..aku juga mahu diajar,aku juga mahu disayangi,aku juga mahu dimanjakan...sepertimana apa yang aku berikan pada orang lain...aku juga mahu..aku teringin...

iye aku juga tahu hidup ni kadang2 kita di bawah ..kadang2 kita di atas..kadang2 kawan2 ramai bergelak ketawa dengan kita....dan kadang2 kt perlu ingat x ramai kawan2 yang bergelak ketawa dengan kita waktu dulu mahu bersama dengan kita waktu kt sendirian waktu kt perlukan teman untuk berbual....walau ape pun hidup ni kt memerlukan kawan walau apaun keadaan kita..sedih,gembira...dan kt perlu ingat jangan mengharapkan balasan yg baik apabila kt membuat baik terhadap seseorang..sebab apa..kalo mengharapkan sesuatu pasti akan hadir satu perasaan "mengungkit" dalam hati...PASTI....tp kita manusia..kadgkala x dapat lari drpd semua perasaan2 tu...

kadang2 bukan menyalahkan takdir untuk hidup ini cuma kadang2 terfikir banyak dosa sgt kah aku sehingga di uji sedmikian...x layakkah aku untuk rasa bahagia seperti orang lain...Ya Allah jahat sangat kah aku..sehingga aku tidak terpilih mnjadi orang yg bahagia itu..dan baikkah mereka sehingga mereka menjadi orang yg bahagia...

lalu bagaimana aku???